SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA SUATU PENGENALAN


Definisi sistem pendidikan di Malaysia
Sistem pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang sistematik yang dilakukan oleh masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan dan kemahiran kepada ahlinya dalam usaha untuk memperkembangkan potensi diri dan masyarakat. Sistem pendidikan di Malaysia berkembang melalui tiga tahap iaitu, sebelum kemerdekaan, era penjajahan dan selepas merdeka.

     Sistem pendidkan ketika sebelum kemerdekaan telah menggunakan empat laporan iaitu Laporan Barnes, Laporan Fenn-Wu, Laporan Cheeseman dan Ordinen Pelajaran 1852. Manakala pada era penjajahan pula, sistem pendidikan dibahagikan kepada dua iaitu sistem pendidkan secular dan sistem pendidikan vernacular. Seterusnya, sistem pendidkan selepas kemerdekaan telah menggunakan Penyata Razak, Aminuddin Baki, Akta Pendidikan 1964 dan Laporan Rahman Talib.



 Tahap pendidikan di Malaysia sebelum kemerdekaan
Pendidikan di Malaysia terdapat tiga tahap iaitu sebelum kemerdekaan, era penjajahan dan selepas kemerdekaan.  Pada zaman sebelum kemerdekaan, pendidikan dijalankan di rumah-rumah imam dan sekolah pondok. Pendidikan yang dijalankan tiada sukatan pelajaran yang ditetapkan dan lebih kepada pembelajaran yang tidak formal. Selain itu, ilmu yang dipelajari adalah ilmu berkaitan dengan agama sahaja seperti, pengajaran al-Quran, fiqh dan mereka sangat menekankan adab dalam menuntut ilmu. Pada zaman ini juga terdapat empat laporan, berikut adalah laporan yang wujud pada zaman sebelum kemerdekaan:-

Laporan Barnes (1950)

Laporan Barnes diketuai oleh L.J Barnes (Pengarah bahagian latihan sosial universiti Oxford ketika itu) dan disediakan pada tahun1951. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki pendidikan orang Melayu. Terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan dalam laporan ini:-

1.     Hendaklah menubuhkan dua jenis sistem sekolah.
2.     Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
3.     Pelajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
4.     Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris wajib diajar di sekolah Melayu.
5.     Sekolah dwibahasa harus ditubuhkan, hanya bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai pengantar.
6.     Sekolah Vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukar kepada sekolah Kebangsaan. Di mana hanya menggunakan bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu.


Laporan Fenn-Wu (1951)

Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu- Negera Cina) dan Wu (Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu). Mereka mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952). Terdapat beberapa syor yang terkandung dalam laporan Fenn-Wu:-

1.     Sekolah Vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa iaitu Melayu, Cina dan Tamil.
2.     Sekolah-sekolah aliran Kebangsaan dikekalkan penggunaan bahasa Inggeris.
3.     Sekolah-sekolah Vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan tenaga. 

 Ordinan Pelajaran 1952
Ordinan pelajaran 1952 merupakan satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan british untuk mengkaji semula  laporan Barnes dan fen-wu. Ordinan peladjaran 1952 ini tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan.
1. mengadakan dua jenis sekolah iaitu sekolah yang menggunakan bahasa melayu dan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar
2. sistem pendidikan ssekolah kebangsaan dilaksanakan melalui pengenalan bahasa inggeris secara beransur-aansur di sekolah melayu, cina dan tamil.
3. bahasa melayu dan bahasa inggeris juga mula dikuatkuasakan di sekolah cina dan tamil
4. sekolah jenis kebangsaan inggeris dikekalkan
5. sekolah sekolah vokasional diperkembangkan
6. pendidikan agama diadakan di waktu persekolahan unyuk murid-murid beragama islam.

LAPORAN CHESSMAN

Disediakan oleh Mr H.R Chessman, timbalan pengarah pendidikan pada tahun 1946. rancangan chessman merupakan rancangan pertama yang dilakukan untuk polisi pendidikan di bawah pentadbiran malayan union. Rancangan Chessman merupakan usaha untuk menyusun semula polisi pendidikan di tanah melayu.

1. pendidikan peringkat rendah (asas) secara percuma dalam semua bahasa pengantar.
2. pendididkan peringkat menengah (sekolah pertengahan dan tinggi ) yang menggunakan bahasa inggeris, bahasa melayu, dan bahasa tamil sebagai bahasa pengantar.
3. Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib di semua sekolah vernakular.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB 3:SISITEM PENDIDIKAN PONDOK

Bimbingan dan Kaunseling