BAB 5: Sistem Pendidikan Islam Kerajaan Negeri Selangor (Model perbandingan dengan negeri Johor)



1)    Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani (pengasas dan tokoh sistem pendidikan Islam negeri Selangor).
2)      Kiyai Muhammad Ali Qaribun.

Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani
Nama penuh beliau adalah Tengku Mahmud ZZuhdi bin Tengku Abdul Rahman bin Tuanku Nor bin Raja Belat Ibnu Raja Datu al-Fathani al-Jawi. Beliau menuntut ilmu asas Islam daripada ayahnya sendiri. Pada usia 8 hingga 9 tahun, beliau dihantar ke Mekah untuk menamba ilmu. Beliau pernah menuntu ilmu dengan Syaikh Abdul Latif bin Mustafa al-Fathani di Thait (pinggiran kota Bangkok). Di Mekah, beliau belajar dengan Syaikh Ahmad al-Fathani dan ditempatkan di Maktab Syaulatiyah.

            Tengku Mahmud Zuhdi memperolehi dua sistem pendidikan iaitu sistem tradisional dan sistem persekolahan. Pada tahun 1895 M, beliau diminta mengajar di sekolah tersebut. Pada tahun 1900 M, beliau disuruh untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir untuk mendalami ilmu Falaqiah dan ilmu Khat. Kemudian pada tahun 1925 pula, beliau berhijrah dari Mekah ke Jambi. Di Jambi beliau telah menubuhkan Sekolah Arab di Tahlul Yaman (nama sekolah).

            Sultan Sulaiman Shah pada waktu itu adalah Sultan di Selangor, seterusnya mengajak beliau berpindah ke Selangor. Pada tahun 1929 M, beliau berangkat ke Klang dan memegang jawatan sebagai Penasihat Agama Negeri Selangor.

Kiyai Muhammad Ali al-Qaribun
Kiyai Muhammad Ali bin Qaribun bin Suruyan al-Mentarami. Beliau mendapat pendidikan awal di Tanah Jawa Indonesia pada tahun 1868 M sehingga 1878 M. Beliau pernah menyebut beberapa pondok di Tanah Jawa yang masyhur. Ada juga berpendapat beliau menuntut ilmu di Tanah Jawa kemudian berpindah ke Mekah sleama piluhan tahun dengan menaiki kapal layar sekitar tahun 1880-an.
            Pada tahun 1917 M, beliau mendirikan masjid yang dikenali sebagai masjid Kiyai Hj. Muhammad Ali Umar Siajangkang. Banyak pondok-pondok kecil dibina setelah muridnya bertambah sekitar 400 orang dan dibantu oleh adiknya yang bernama Kiyai Abbas. Antara pondok yang terkenal di sekitar Klang ialah Pondok Masyudi di Sungai Klang, Pondok Kiyai Darda’, Pondok Kiyai Hj. Muhammad Khalil al-Jawi dan Pondok Kiyai Hairawi.


  SEJARAH PENDIDIKAN DI NEGERI SELANGOR
Sejarah institusi pendidkan Islam Selangor bermula sekitar akhir abad ke-19. Semasa era pemerintahan Almarhum Sultan Alauddin Suleiman. Ketika itu, berlakunya peningkatan mata pelajaran. Menurut Frank W.Haines, beliau adalah inspektor sekolah Selangor, melaporkan terdapat 17 buah kelas al-Quran diwujudkan pada tahun 1894.

            Pada tahun 1930 Madrasah Awamiah telah ditaubuhkan di Kampung Sepintas, yang merupakan sekolah terulung di daerah Sabak Bernam. Pada tahun 1937, Madrasah Parit 5 Sungai Besar ditubuhkan dan merupakan titik tolak pendidikan arab sepenuhnya. Pada tahun 1949, pengunduran tentera Jepun menyebabkan bilangan sekolah agama bertambah. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ditubuhkan oleh anakanda baginda iaitu Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah al-Haj pada tahun 1949.

            Pada tahun yang sama juga madrasah untuk kaum wanita sahaja telah ditubuhkan iaitu Madrasah Ahliah Uthmaniah yang ditubuhkan di Klang. Dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pelajaran Ugama Islam yang diketuai oleh Setiausaha Pelajaran pada awal kewujudan Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor (1945-1970). Kemudian, dinamakan Unit Pelajaran yang diketuai oleh penolong pengarah (1970-1990). Pada tahun 1990 nama Bahagian Pendidikan dan Pelajaran diketuai oleh timbalan pengarah sehingga 2001. Pada tahun 2001, bahagian ini dinamakan Bahagian Pendidikan Islam selaras denagn penstrukturan JAIS. 

KRONOLOGI SISTEM PENDIDKAN ISLAM SELANGOR
1850- Orang Melayu Islam kuat terpengaruh dengan unsure-unsur animism.
1880- Sekolah Melayu vernakular ditubuhkan orang Melayu Barat dari hantar anak mereka ke sekolah vernakular.
1882- Mesyuarat diadakan antara pihak residen Inggeris dan ketua-ketua masyarakat Melayu Kuala Lumpur.
1894- 17 buah kelas al-Quran dan di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Selangor.
1898-1938- Mata pelajaran ditambah seperti ibadah, Tauhid, Akhlak semasa pemerintahan Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah.
1930- Madrasah Awamiah ditubuhkan di Sepintas Sabak Bernam.

Kurikulum Pra-Sekolah
-          Kanak-kanak berumur 5-6 tahun.
-          Dikatakan tahap awal kanak-kanak mendapatkan pendekatan yang berkesan, diajar mengenal huruf jawi.

Kurikulum Sekolah Rendah Agama
-          Dijalankan di sekolah Integarasi.
-          Menggabungkan kurikulum akademik dan kurikulum dinniyah dan hafazan.
-          Ikut silibus yang dikeluarkan oleh JAIS, waktu persekolahan pada jam 8-4 petang.
-          Contoh-conoh sekolah:-
o   Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Tengku Ampuan Fatimah Klang.
o   SRAI Seksyen 19
o   SRAI Bandar Baru Bangi

Kurikulum al-Azhar
-          Mempunyai dua elemen yang penting yang bersifatkan pengajian pondok dan moden.
-          Memenuhi keperluan individu muslim sesuai dengan tuntutan semasa dan peredaran zaman.
-          Memberikan pendedahan awal terhadap pelajar-pelajar yang ingin mendalaminya.
-          Yang mendalami ilmu agama sesuai bagi persediaan awal yang ingin mengambil STAM berpeluang melanjutkan pengajian samada ke luar atau dalam Negara.

Perbandingan sekolah Rendah di Selangor dan Johor

SELANGOR
ASPEK
JOHOR
SRAI Seksyen 19
SRAB
JAIS
Pengelolaan
JAIJ/KPM
Guru besar /Penolong kanan
Pentadbiran
Guru besar/ Penolong kanan
Akademik, dinniyah dan hafazan
PDP
Akademik, dinniyah dan hafazan
UPSR
Sistem peperiksaan
UPSR, SDEA, UPKK
Pemakaian, tingkah laku, kehadiran dan peraturan.
Etika dan peraturan
Pemakaian, tingkah laku. Kehadiran dan peraturan

Perbandingan sekolah menengah di Selangor dan Johor

SELANGOR
ASPEK
JOHOR
SMA HULU LANGAT

SMAKJ
JAIS/KPM
Pengeloalaan
JAIJ
Pengetua
Pentadbiran
Pengetua
Akademik, agama, hafazan
PdP
Akademik, agama, hafazan
PMR/PT3,SMA,SPM
Sistem peperiksaan
SIB, SMRA, PT3, SMA & SPM
·         Pepermpuan baju kurung, tudung labuh, baju berkancing.
·         Lelaki baju lengan panjang dan berkancing, seluar warna hijau, baju Melayu dan bersamping pada hari jumaat.

Etika & peraturan
·         Pepermpuan baju kurung, tudung labuh, baju berkancing.
·         Lelaki baju lengan panjang dan berkancing, seluar warna hijau, baju Melayu dan bersamping pada hari khamis.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB 3:SISITEM PENDIDIKAN PONDOK

Bimbingan dan Kaunseling

SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA SUATU PENGENALAN