BAB 4 : SISTEM PENDIDIKAN ISLAM NEGERI JOHOR
Abdullah Nasih Ulwan
Pendidikan Islam ini adalah pendidikan anak-anak, pendidikan Islam menurut beliau adalah berusaha membantu anak didik agar menjadi manusia yang soleh di dalam kehidupan ini.
Hasan al-Syarqawi
Menyifatkan kefaham terhadap ajaran Islam yang membawa seorang manusia menjauhkan diri dari sifat-sifat tercela dan mendekatkan diri dengan sifat-sifat terpuji.
Fathi Yakan
Menyatakan bahawa pendidikan Islam ialah membina proses indidvidu dan masyarakat berdasarkan paksi Islam sama ada dalam aspek pegangan, pemikiran mahupun perbuatan.
Menurut pendapat tokoh di atas kesimpulannya mereka menekankan tentang pembinaan modal insan yang berasaskan paksi Islam dari aspek pemikiran, perbuatan dan pegangan.
Pengasas dan tokoh sistem pendidikan Islam negeri Johor
- Tamadun Johor moden diasaskan oleh Temenggung Daeng Ibrahim pada tahun 1833-1862.
- Pendidikan Islam melaui pelbagai institusi yang berjaya di Johor sejak abad ke-19.
- Mempunyai identiti dan pentadbiran yang tersusun sehingga diikuti oleh negara Brunei Darussalam.
- Pendidikan Islam ini menjadi contoh kepada negara dan negeri lain.
- Johor adalah antara negeri yang memberikan pendidikan Islam secara menyeluruh dan tersusun melalui sistem sekolah agama sesi pagi dan petang.
- Sistem kenaikan agama "tidak lulus, tidak naik darjah".
- Pada tahun 1896 kewujudan Sekolah Agama Johor dapat dikesan.
- Pendidikan secara ormal di negeri Johor bermula di Teluk Belangah (Johor lama).
- Sekolah agama awal muncul secara aktif menggunakan bahasa pengantar, bahasa Melayu.
Merupakan satu penerusan dari keadaan sekolah yang ada di Teluk Belangah sebelum berkembang ke Tanah Besar Johor.
Sejarah sekolah agama pertama
- Asalnya dipanggil Sekolah Al-Quran di Johor (Kukup Pontian).
- Sekolah Quran ditukarkan kepada sekolah Kitab setelah berlaku pertambahan ilmu Fiqh dan Tauhid dalam mata pelajaran .
- Walaubagaimanapun, sekolah Kitab dan Quran dijalankan secara serentak dalam satu bangunan.
- Kanak-kanak disyaratkan tinggal bersama guru.
- Sistem pendidikan ketika itu mengutamakan latihan yang membabitkan ibu bapa kanak-kanak dan guru.
- Mereka juga belajar ilmu pesilatan, berkebun atau bantu guru mengusahakan ladang.
Ulasan
Catat Ulasan