Bimbingan dan Kaunseling
Tugasan 1
Definisi "Bimbingan Kaunseling"
Bimbingan adalah bermaksud memberi panduan atau nasihat kepada seseorang manakala, Kaunseling membawa maksud menekankan tentang proses dimana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya.
1.Konsep Bimbingan dan Kaunseling
Bimbingan
-Proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan potensi mereka supaya dapat membuat pilihan bijak dari aspek peribadi , kerjaya, sosial, akedemik demi kepentingan individu.
-Proses pendididkan bagi memberi pertolongan positif kepada individu faham dirinya, gunakan potensi dan peluang pendidikan.
Kaunseling
-Proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya.
-Kaunseling bukan sahaja membantu klien menyesuaikan diri dengan alam sosial semata-mata, tetapi menolong individu memahami kelebihan, kelemahan dan potensi diri (sesi kaunseling hendaklah bersemuka).
2. Perbezaan antara Bimbingan dan Kaunseling.
Aspek
|
Bimbingan
|
Kaunseling
|
Profesional
|
-tidak memerlukan psikologi
-khusus kepada guru
|
-perlukan psikologi
-mempunyai pengiktirafan kaunseling
|
Tempat
|
Di mana-mana sahaja
|
Bilik khas
|
Masa
|
Tidak mengira masa (berdasarkan berat
mana kesalahan yang dilakuakan)
|
Waktu formal
|
Teori
|
Banyak teori
|
Merujuk pada masalah yang dihadapi
|
3.Matlamat Kaunseling
1) Mementingkan diri.
2) Menyakini diri dan orang lain.
3) Mudah mengeluarkan idea.
4) Sedar kesilapan diri.
5) Lebih bertanggungjawab.
6) Berkongsi pengalaman .
7) Bersikap lebih terbuka.
8) Bersifat lebih rasional.
9) Dapat berkogsi idea.
10) Membuat keputusan yang lebih tepat.
11) Meningkatkan sifat toleransi.
12) Menyelesaikan masalah secara berkumpulan.
13) Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
4.Prinsip Kaunseling
1) Peluang.
2) Tanggung jawab bersama.
3) Mengikut Prosedur dan Tatacara.
4) Hubungan mesra.
5) Tidak boleh dipaksa.
6) Dijalankan dalam bilik khas.
7) Diuruskan mengikut etika.
5.Kepentingan Kaunseling.
- Bantu pelajar berkembang dalam semua bidang.
- Bantu pelajar buat pilihan dalam peringkat persekolahan mereka.
- Bantu pelajar buat pemilihan kerjaya dan membuat persediaan.
- Menolong pelajar membuat penyelesaian di sekolah.
- Kenal pasti dan memotivasikan pelajaran.
- Kenal pasti jenis pertolongan yang diperlukan oleh pelajar.
6.Etika Kaunseling.
i)Sentiasa mengutamakan kepentingan klien dan tidak memperlatkan klien untuk kepentingan peribadinya sendiri.
- Kauselor mempunyai keinginan menolong.
-Mempunyai kebolehan untuk merasai dengan tepat apa yang klien sedang alami (empathy).
-Menghormati kputusan/ penentuan/ kehendak yang dibuat oleh klien.
-Kaunselor tidak mengambil kesempatan tersempatan terhadap klien dari aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.
ii)Menghormati hak peribadi klien dan menyifatkan segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling sebagai rahsia, melainkan jika mengikut budibicara kaunselor maklumat yang diperolehi boleh atau dianggap membahayakan klien atau orang lain dipersekitaran.
iii)Memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi kliennya.
-Kaunselor perlu memberi perlindungan jik terdapat unsur-unsur yang boleh melibatkan kecederaan pada klien.
-hati klien terlalu sensetif , kaunselor perlu berhemat/ berhikmah dalam menangani isu klien.
iv) Memberitahu tentang tanggungjawab klien dalam pembetukan tingah laku dan hendaklah menghormati apa-apa keputusan yang dibuat oleh klien.
-Memberi peluang klien menjelaskan kedudukan sebenar salah faham yang timbul.
v)Menjelaskan kepada klien tentang keputusan proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling yang diberikan.
-Menyatakan jenis perkhidmatan kaunseling yag diadakan.
-Tindakan susulan utuk sesi berikutnya.
vi) Merujuk klien kepada pakar yang relevan sekiranya kaunselor berdaftar mendapati klien tersebut memerlukan perkhidmatan pakar di luar bidang kepakaran kaunselor berdaftar.
-Klien sakit jiwa, rujuk kepada uinit sakit jiwa.
-Klien bermasalah diluar bidang kepakaran kaunselor , sila rujuk kes tersebut kepada yang berkenaan.
10. Kemahiran Kaunseling
Terdapat 5 komponen Tingkah Laku Memberi Perhatian;
i) Kedudukan Tubuh badan (posture) kaunselor.
ii) Ekspresi muka.
iii) Tentangan Mata.
iv) Soalan terbuka.
v) Dorongan minimum untuk bercakap.
11.Rumusan
Kaunselor yang memiliki berbagai-bagai kemahiran kaunseling individu berpotensi untuk murid-murid dari segi sosiemosi mahupun akedemik. Layanan yang diberikan dari kaunselor kepada klien juga akan mendorong murid yang bersifat pendiam dan pemalu meluahkan pelbagai jenis masalah kepada kaunselornya. Oleh yang demikian, suatu suasana kaunseling akan dapat diwujudkan.
12. Rujukan
1. Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiapan, Taquddin Abd. Mukti. 2014. Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor.
2. Suradi Salim. 1997. Bimbingan dan Kaunseling. Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
3. Ibrahim Ahmad. 2002. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah. PTS Professional Publishing Sdn. bhd. Kuala Lumpur.
4. Malek Muahamat Said. 2007. Mengurus Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
6.Etika Kaunseling.
i)Sentiasa mengutamakan kepentingan klien dan tidak memperlatkan klien untuk kepentingan peribadinya sendiri.
- Kauselor mempunyai keinginan menolong.
-Mempunyai kebolehan untuk merasai dengan tepat apa yang klien sedang alami (empathy).
-Menghormati kputusan/ penentuan/ kehendak yang dibuat oleh klien.
-Kaunselor tidak mengambil kesempatan tersempatan terhadap klien dari aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.
ii)Menghormati hak peribadi klien dan menyifatkan segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling sebagai rahsia, melainkan jika mengikut budibicara kaunselor maklumat yang diperolehi boleh atau dianggap membahayakan klien atau orang lain dipersekitaran.
iii)Memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi kliennya.
-Kaunselor perlu memberi perlindungan jik terdapat unsur-unsur yang boleh melibatkan kecederaan pada klien.
-hati klien terlalu sensetif , kaunselor perlu berhemat/ berhikmah dalam menangani isu klien.
iv) Memberitahu tentang tanggungjawab klien dalam pembetukan tingah laku dan hendaklah menghormati apa-apa keputusan yang dibuat oleh klien.
-Memberi peluang klien menjelaskan kedudukan sebenar salah faham yang timbul.
v)Menjelaskan kepada klien tentang keputusan proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling yang diberikan.
-Menyatakan jenis perkhidmatan kaunseling yag diadakan.
-Tindakan susulan utuk sesi berikutnya.
vi) Merujuk klien kepada pakar yang relevan sekiranya kaunselor berdaftar mendapati klien tersebut memerlukan perkhidmatan pakar di luar bidang kepakaran kaunselor berdaftar.
-Klien sakit jiwa, rujuk kepada uinit sakit jiwa.
-Klien bermasalah diluar bidang kepakaran kaunselor , sila rujuk kes tersebut kepada yang berkenaan.
7.Jenis-jenis
perkhidmatan kaunseling di sekolah.
Jenis-jenis perkhidmatan bimbingan
yang harus disediakan di sekolah-sekolah hendaklah mengandungi sepulu aspek ;
1. Perkhidmatan inventori individu dan rekod.
2. Perkhidmatan memberi maklumat.
3. Perkhidmatan bimbingan kelompok.
4. Perkhidmatan kaunseling.
5. Perkhidmatan penempatan.
6. Perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah.
7. Perkhidmatan perundingan
dan rujukan.
8. Perkidmatan penyelarasan sumber.
9. Perkhidmatan perbincagan dengan ibu bapa.
10. Perkhidmatan penlaian.
Perkhidmatan inventori individu dan rekod
·
Mengendalikan
fail bimbingan bagi setiap murid.
·
Mengumpul
dan merekod butir-butir berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran minat
murid-murid.
·
Mengawasi
corak kehadiran murid-murid yang dirujuk untuk tujuan bimbingan dan kaunseling.
·
Menyelaras,
menjaga dan menggemas kini rekod murid-murid.
·
Memberikan
maklumat tentang pencapaian dan kemajuan murid-murid bermasalah untuk
tujuan pendidikan pemulihan.
·
Menjalankan
kaji selidik dan membuat tafsiran tentang kes murid-murid jika perlu.
Perkhidmatan memberi maklumat
·
Mengumpul
dan menyebarkan maklumat pelajaran, vokasional, latihan dan kerjaya kepada
murid-murid. Hal ini dapat dilakukan melalui penerbitan risalah-risalah,
buku-buku kecil, poster, bulletin serta pengendalian Hari Kerjaya dan Pameran
Kerjaya.
·
Menambah
dan mengemas kini fail-fail maklumat
kerjaya, peluang-peluang latihan, pelajaran, sosial dan peribadi.
·
Memberi
penerangan tentang cara mengisi borang permohonan pekerjaan.
·
Mengendalikan
lawatan kerjaya ke kilanng-kilang.
·
Memberikan
maklumat kerjaya kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.
·
Mengelolakan
program pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah.
Perkhidmatan bimbingan kelompok
·
Merancang
dan menyelaras aktiviti-aktiviti bimbinan kelompok dan tujuk ajar yang boleh
menggalakkan perkembangan konsep kendiri
yang positif, aspek kognitif, efektif, psikososial, jasmani, kejantinaan,
vokasional, moral atau agama.
·
Mengadakan
bimbingan kelompok tentang masalah disiplin, pelajaran sosial dan lain-lain topik
seperti yang dicadangkan oleh murid-murid dari masa ke semasa. Bimbingan ini
lebih bersifat penyesuaian.
·
Membantu
murid-murid memilih mata pelajaran pilihan mereka untuk peperiksaan PMR, SPM
dan STPM sebelum mereka meninggakan sekoah rendah.
·
Memberi
motivasi kepada murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan.
Perkhidmatan kaunseling
·
Perkhidmatan
kaunseling boleh dilakukan secara individu atau kelompok tentang
perkara-perkara berikut :
(a)
Pencapaian akedemik yang kurang memuaskan
(b)
Rujukan yang dibuat oleh guru-guru dan ibu bapa
(c)
Aspek peribadi dan kerjaya
(d)
Ketidakhadiran untuk kegiatan kokurikulum
(e)
Masalah-masalah disiplin seperti lewat ke sekolah, ponteng sekolah, merokok,
bergaduh, buli dan menyalahgunakan dadah
·
Kaunseling
keluarga boleh diadakan jika perlu untuk memahami masalah murid-murid serta
mendapatkan kerjasama daripada ibu bapa.
·
Kunseling
tunjuk ajar seperti guru bimbingan mengadakan kelas untuk mengajarkan kelas
untuk mengajarkan perkara-perkara seperti penilaian kendiri, penjelaskan
nilai-nilai, kemahiran-kehamiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat
keputusan, cara mengelakkan diri daripada penyalahgunaan dadah.
Perkhidmatan penempatan
·
Membantu
murid-murid memilih kegiatan bidang kokurikulum yang sejajar dengan kebolehan,
minat dan kemmapuan mereka.
·
Penempatan
murid ke sekolah menengah :
(a) Menjadi penyelaras menempatkan
murid ke sekolah menengah yang berdekatan atau sekolah menengah pilihan murid.
(b) Membantu Bahagian Sekolah
Berasrama penuh dengan membekalkan data tentang murid-murid lepasan sekolah
rendah.
Perkhidmatan mencegah
penyalahgunaan dadah
·
Mengadakan
bimbingan individu atau kelompok untuk menanam dan memupuk sikap benci akan
dadah.
·
Memberikan
pertolongan kepada murid-murid untuk mendapatkan bantuan pemulihan atau
rawatan.
·
Memberikan
bantuan kepada murid-murid supaya dapat meyesuaikan diri ke alam persekolahan
selepas tamat pemulihan.
·
Membuat
penilaian dan memberikan maklum balas kepada murid-murid supaya dapat menyesuaikan
diri ke alam persekolahan selepas tamat pemulihan.
·
Membuat
penilaian dan memberikan maklum balas kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
berkenaan program pencegahan penyalaahgunaan dadah pada peringkat sekolah.
Perkhidmatan pperundingan dan rujukan
·
Menolong
murid-murid lepasan sekolah dalam hal-hal peribadi, kerjaya, pelajaran da
sebagainya jika perlu.
·
Menolong
pihak pendaftar dan staf sekolah memahami dengan lebih mendalam akan program
bimbingan di sekolah.
·
Menolong
ibu bapa murid dalam hal kebajikan murid-murid.
·
Berunding
dengan staf sekolah tentang cara-cara meningkatkan tahap prestasi khidmat
bimbingan di sekolah.
·
Merancang
bersama-sama guru tentang cara-cara yang paling berkesan mengawasi kemajuan
murid-murid.
·
Mengadakan
prosedur-prosedur tertentu kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor,
pakar ksnsk-ksnsk, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya
Perkhidmatan penyelarasan sumber
·
Menjadi
penyelaras bagi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan murid-murid
antara sekolah dengan agensi-agensi luar.
·
Menjadi
pakar rujuk dalam kegiatan ekonomi
·
Menjadi
penyelaras untuk melibatkan agensi-agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan
tempatan dalam program bimbingan di sekolah.
·
Merancang
dan menjadi penyelaras dalam usaha memperkenalkan aktiviti-aktiviti bimbingan
kepada agensi-agensi tertentu dan komuniti tempatan.
Perkhidmatan perbincangan dengan ibu bapa
·
Mengadakan
hubungan dangan ibu bapa murid-murid untuk bersama-sama mengawasi kemajuan
mereka terutamanya dalam pelajaran.
·
Menghubungi
ibu bapa apabila kemajuan murid-murid tidak memuaskan.
·
Menjadi
penyelaras program orientasi untuk murid-murid dan ibu bapa.
·
Berkerjasama
dengan ibu bapa daam mewujudkan disiplin dalam kalangan murid.
·
Mengadakan
sesi bimbingan keluarga jika didapati masalah yang dihadapi oleh murid-murid
berpunca daripada keluarga.
Perkhidmatan penilaian
·
Menilai
program bimbingan di sekolah dengan tujuan meningkatan mutunya.
·
Menilai
model bimbingan sebelum dilaksanakan di sekolah.
·
Mengadakan
program pembimbing rakan sebaya dan program latihan.
9. Teori Kaunseling
Teori Hierarki Keperluan Maslow |
Aplikasi Teori Hierarki
Keperluan Maslow dalam bimbingan kaunseling.
i.
Keperluan Fisiologi
Keperluan fisiologi ini merupaka keperluan asas bagi
manusia sebagai contoh air, udara dan makanan. Begitu juga dengan sesi kauseling
perkara utam yang pelu kita titik beratkan ialah keselesaan klien contohnya
persekitaran bilik kaunseling itu sendiri dari segi pengudaraannya yang nyaman
membuatkan klien berasa tenang untung bertemu dengan kauselor bagi
menyelesaikan masalah mereka.
ii.
Keperluan Keselamatan
Keperluan ini pula adalah kedua terpenting dalam teori ini
kerana manusia perlukan keselamatan agar dirinya tidak terancam. Sebagaimana,
kita sebagai pihak kaunselor hendaklah membuatkan klien berasa selesa dan
selamat seperti tahap kaunseling yang awal dimana kaunselor perlu meyakinkan
kepada klien bahawa kaunselor akan menyimpan segala hal ehwal peribadinya dengan
selamat agar klien berasa selamat apabila menceritakan rahsianya kepada pihak
kaunselor.
iii.
Keperluan Kasih Sayang
dan Kepunyaan
Secara fitrahnya manusia inginkan rasa kasih dan sayang dari
orang lain terhadap dirinya. Hal yang demikian, boleh dilihat pada peringkat
remaja dimana mereka akan mencari kasih sayang diluar rumah jika mereka
merasakan mereka tidak merasai kasih sayang di dalam rumah mereka. Begitu juga
dengan klien yang datang bertemu dengan kita. Sebagai kaunselor perlulah bijak
memainkan peranan apabila mendengar luahan hati klien atau masalah yang di
hadapi oleh klien agar mereka merasakan ada juga orang yang boleh mendengar apa
yang dipendam selama ini.
iv.
Keperluan Penghargaan
Kendiri
Tahap keperluan seterusnya ini boleh membuatkan seseorang itu
lebih yakin kepada dirinya kerana dengan memberikan penghargaan kepada
seseorang individu itu dia akan merasakan dirinya masih berguana. Hal yang
demikian, sesuai bagi kaunselor memberikan sedikit kata-kata yang boleh
menguatkan lagi semangat klien dan memberi pandangan-pandangan yang bernas
dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Dengan ini klien tidak
merasakan masalah yang dihadapi terlalu sulit hingga tiada penyelesaiannya serta
klien akan merasakan mereka dihargai apabila ada orang yang masih boleh
memberikan pendapat kepada mereka.
v.
Keperluan Kesempurnaan
Kendiri
Untuk mencapai tahap keperluan kesempurnaan kendiri amat
sukar keran ia memerluakan masa bagi individu tersebut kerana ia merupakan
kejayaan bagi sesebuah individu itu menentukan matlamat dan hal tuju hidup
mereka. Tidak semua orang boleh capai
ketahap kesempurnaan diri. Dimana, seorang klien dapat menyelesaikan masalah
mereka dan dapat mencapai objektif hidup mereka serta dapat berfiran secara
kritis dan efektif.
Keperluan Fsiologi dan Keperluan Keselamatan merupakan
keperluan asa dalam teori ini juka kedua-duanya tidak dipenuhi dengan baik maka
sukar untuk mencapai ketiga-tiga kekerluan lagi iaitu Keperluan Kasih Sayang
dan Kepunyaan, Keperluan Penghargaan Kendiri dan Keperluan Kesempurnaan
Kendiri.
9. Proses Kaunseling Individu.
1) Penyediaan dan Kemasukan
Tujuan ini bagi
mengurangkan penentangan klien seterusnya Kaunselor hendaklah meningkatkan aras
kepercayaan klien terhadapnya supaya klien berasa selesa dan mudah meluahkan
perasaan.Suasana dia dalam bilik mestilah tenang dan tidak menakutkan.
Kaunselor hrndaklah menunjukkan muka yang berseri dan tubuh badan kaunselor
yang sesuai.Selain itu, memulakan temu bual hendaklah menggunakan soalan-soalan
yang tidak menakutkan. Contohnya, “ada sesuatu yang ingin anda kongsikan?” atau
“anda seperti ada sesuatu yang ingin dikongsikan bersama saya?Silakan”.
2) Penjelasan
Kaunselor cuba
untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang masalah klien. Soalan yang
diajukan hendaklah berbentuk terbuka bagi mendapatkan banyak jawapan dan
maklumat. Sebagai contoh soalan, “Ada orang suka ke sekolah, ada orang tak suka
ke sekolah. Bagaimana dengan awak?”. Berbanding jika memberikan soalan jenis
tertutup ia tidak mendorong kepada klien bercakap dengan lebih panjang
contohnya “awak suka datang ke sekolah?” semestinya jawapan yang akan diberikan
adalah ya atau tidak sahaja.
3) Struktur
Penstrukturan akan
menentukan sifat, batasan dan matlmat perhubungan menolong. Langkah-langkah
yang akan diambil boleh diberitahu kepada klien supaya dia lebih sedar tentang
arah yang ditujunya. Perkara-perkara seperti masa, batasan-batasan tindakan dan
peranan hendaklah dijelaskan kepada klien.
4) Perhubugan
Matlamat ini
adalahuntuk mengeratkan perhubungan antara kaunselor dengan klien. Kesenyapan
mungkin berlaku kerana penentangan yang wujud. Klien mula berasa tidak selesa
membincangkan sesuatu. Kemungkinan juga aras kepercayaannya terhadap kaunselor
belum lagi kuat. Berkemungkinan, penerokaan sedang berlaku. Ataupun,klien
sedang memikirkan perkara yang hendak diperkatakan kepada kaunselor.
5) Penerokaan
Sewaktu dalam
peringkat ini, kaunselor telah mempunyai kefahaman yang lebih jelas tentang
siapa sebenarnya kien itu, apakah harapannya dan bagaimana dia boleh ditolong?
Kaunselor mula memikirkan perubahan-perubahan yang perlu dilalui oleh klien dan
strategi yang akan digunakan.
6) Pengukuhan
Pada peringkat
ini, klien menjelaskan perasaannya dengan lebih lanjut dan menentukan alternatif-alternatif
lain. Kemahiran-kemahiran baharu juga diamalkan.
7) Perancangan
Matlamat kali ini
tertumpu kepada rancangan tindakan yang khusus. Rancangan-rancangan untuk
penamatan dan penerusan akan dirumuskan.
8) Penamatan
Rumusan tentang
pencapaian-pencapaian klien akan dibuat. Jika terdapat matlamat yang tidak tercapai,
sebab-sebabnya hendaklah dikenal pasti. Klien boleh diminta merumuskan segala yang
dilaluinya. Kemudian, kaunselor boleh menokok tambah. Jika didapati klien telah
membuat keputusan atau merasakan dia telah dapat menyelesaikan masalahnya dengan
memuaskan atau didapatiboleh be2rdikari, maka penamatan boleh dilakukan.10. Kemahiran Kaunseling
- Tingkah Laku Memberi Perhatian
Terdapat 5 komponen Tingkah Laku Memberi Perhatian;
i) Kedudukan Tubuh badan (posture) kaunselor.
ii) Ekspresi muka.
iii) Tentangan Mata.
iv) Soalan terbuka.
v) Dorongan minimum untuk bercakap.
- Kemahiran Mendengar
Sebagai kaunselor, kita seharusnya belajar cara mendengar dengan berkesan sebelum bertindak membantu murid menyelesaikan masalahnya. Aktiviti ini bukan suatu amalan yang pasif dalam kaunseling. Menurut Carl Rogers, seseorang kaunselor perlu mendengar secara aktif maksudnya disini kaunselor perlu melakukan sesuatu yang positif agar masalah seseorang murid dapat difahami dengan baik.
- Kemahiran Menyoal
-
Soalan Tertutup
Soalan-soalan tertutup lazimnya memerlukan jawapan ‘ya’
atau ‘tak’ . Soalan tertutup ini amat tidak sesuai kerana ia tidak menggalakkan
klien menghuraikan tentang sesuatu. Maka, maklumat yang diperolehi adalah
terhad.
Comtoh ;
Kaunselor : Kamu
suka datang ke sekolah?
Klien : Ya.
-
Soalan Terbuka
Soalan ini membolehkan kaunselah memperolehi banyak maklumat
daripada klien. Dengan maklumat yang mencukupi kaunselor akan dapat membentk
gambaran yang lebih jelas tentang masalah yang dihadapi oleh murid atau
kliennya. Makluamat yang mencukupi memudahkan kaunselor mengendalikan satu-satu
masalah klien.
Contoh ;
Sesetengah murid suka ke sekolah, tetapi ada juga yang tidak
suka. Bagaimana pula dengan diri kamu?
- Kemahiran Memahami
- Kemahiran Berempati
- Refleksi Idea
- Membuat Rumusan
11.Rumusan
Kaunselor yang memiliki berbagai-bagai kemahiran kaunseling individu berpotensi untuk murid-murid dari segi sosiemosi mahupun akedemik. Layanan yang diberikan dari kaunselor kepada klien juga akan mendorong murid yang bersifat pendiam dan pemalu meluahkan pelbagai jenis masalah kepada kaunselornya. Oleh yang demikian, suatu suasana kaunseling akan dapat diwujudkan.
12. Rujukan
1. Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiapan, Taquddin Abd. Mukti. 2014. Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor.
2. Suradi Salim. 1997. Bimbingan dan Kaunseling. Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
3. Ibrahim Ahmad. 2002. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah. PTS Professional Publishing Sdn. bhd. Kuala Lumpur.
4. Malek Muahamat Said. 2007. Mengurus Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Ulasan
Catat Ulasan