BAB 3:SISITEM PENDIDIKAN PONDOK

PENGENALAN



Definisi Pondok:
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, pondok bermaksud rumah (untuk merendahkan diri apabila bercakap dengan orang); atau madrasah dan asrama tempat mengaji (belajar agama).

Manakala menurut Sabri Haji Said (1983), pengajian pondok merupakan suatu pendidikan mengikut cara tradisional dalam memainkan peranan penting untuk memperkenalkan, menyebarkan, mengembangkan, dan meluaskan ilmu pengetahuan agama kepada anak-anak bangsa.

    Kemunculan sistem pondok di Malaysia tidak dapat dikesan dengan jelas. Walaubagaimanapun, pada zaman dahulu ibu bapa masyarakat Islam bagitu bangga menghantar anak-anaknya belajar ke institusi tradisional seperti ini terutamanya pada tahun 1930an dan 1940an. Walaupun arus pendidikan Barat diperkenalkan oleh penjajah Inggeris melalui sistem persekolahan vernacular kepada masyarakat Melayu, namun intitusi tradisional ini tetap tegak dengan kukuh sehingga mewujudkan golongan yang berpengetahuan yang luas, hatta institusi ini telah menjelmakan semangat esprit de corps dalam kalangan Melayu.

LATAR BELAKANG SEJARAH SISTEM PENDIDIKAN PONDOK

Kemunculan sistem pondok di Tanah Melayu
Sejarah kemunculannya dipercayai seiring dengan kedatangan agama Islam di Tanah Melayu iaitu pada abad ke-14. Berdasarkan kepada penemuan Batu Bersurat di Terengganu bertarikh 1303M yang dijumpai di Kuala Berang, Terengganu. Kemudian, pertumbuhan pendidikan pondok ini semakin pesat pada abad ke-18 dan ianya dipelopori oleh golongan ulama dari Pattani. Kebanyakkannya daripada Nikorn Si Tammaraj, Trang, Krabi, Pangnga, Surat Thani, Phuket, Patthalung, Chaiya dan Songkla. Antara contoh pondok pada zaman itu ialah, Pondok Tok Guru Haji Nor (Ayah Nor pondok), Tok Guru Haji Leh (Haji Salleh), pondok Tok Guru Haji Somad (Haji Abd al-Samad) dan pondok Tok Guru Ghani (Pondok Padang Langa).

    Hasil daripada murid-murid yang belajar di Pattani itu, mereka pulang ke negeri masing-masing seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor dan sebagainya. Mereka telah menubuhkan pondok-pondok sendiri, dan penuntut-penuntut tidak lagi ke Pattani untuk belajar kerana di tempat mereka sudah adanya tempat belajar. Di Tanah Melayu, Kelantan merupakan  di antara negeri yang mula-mula mewujudkan sistem pondok. Pondok pertama yang didirikan di Kelantan ialah pada tahun 1820M oleh Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Abdullah (Tok Pulai Chondong). Selain dari pondok Pulai Chondong yang didirikan di Kelantan sebelum 1910 ialah Pondok Tok Bachok pada tahun 1900, Pondok Sungai Budor, Pondok Kampung Banggol, Pondok Tuan Padang dan Pondok Tok Semian yang diasaskan oleh Haji Wan Abdul Samad bin Mohd Salleh atau lebih dikenali dengan gelaran Tuan Tabal.

Sistem Pentadbiran di Pondok
Sistem pentadbiran pondok lazimnya diadakan di sebuah perkampungan yang berpusatkan sebuah bangunan surau atau masjid yang bertindak sebagai sekolah dan tempat beribadat. Selain itu, tempat pengajian ini dikelilingi oleh rumah-rumah kecil yang dipanggil "pondok" sebagai tempat kediaman santri. Lokasi pondok terletak di pedalaman atau desa, pada zaman dahulu ianya dibuat di kawasan penanaman padi, yang berhimpunnya orang Melayu beragama Islam. Pondok ditadbir secara bersendirian mengikut citarasa tuan empunya pondok tersebut.
    Tanggungjawab tok guru adalah mengendalikan pengajian dan aturan hidup santri di kawasan pondok. Kemajuan sesebuah pondok itu selalunya bergantung kepada keilmuan dan daya kepimpinan yang ada pada tok guru tersebut. Kebanyakan pondok terkenal dengan nama kepada pengasas atau tuan guru di situ dan tempat kewujudannya. Para pelajar tidak dibahagikan mengikut umur, sebaliknya dibuka secara umum. Kaedah pengajaran yang digunakan, tidak mempunyai kelas tetapi belajar dengan berbentuk halaqah bersama tuan guru. Kebanyakan sekolah pondok tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap. Oleh itu, mereka bergantung kepada derma orang ramai, pelajar, waqaf, akat dan sedekah.
     Sistem pengajian yang digunakan adalah kaedah pengajaran secara penyampaian oleh tok guru. Para pelajar mengingatinya secara hafalan terhadap pelajaran atau matan yang dipelajarinya. Kebanyakan sekolah pondok mempunyai jadual mengikut solat lima waktu, contohnya selepas subuh dan maghrib. Sistem pondok tidak menggunakan sukatan pelajaran yang tetap, sebaliknya menggunakan kitab-kitab tertentu mengikut mata pelajaran yang diajar.

KAEDAH PEMBELAJARAN DI PONDOK DAN MADRASAH

Sistem Pondok dan Madrasah
Sistem pondok dan madrasah memainkan peranan penting dalam memelihara jati diri orang Melayu dan menyediakan pendidikan Islam. Sesetengah cendikiawan membahaskan bahawa pondok untuk masyarakat Melayu boleh diterangkan dari sudut budaya pendidikan dalam masyarakat Melayu Islam.

Sistem sekolah pondok
Sistem pondok di Pondok Tradisional Terusan Limbat Pasir Tumboh (Madrasah Addiniah Pasir Tumboh), dari segi pembelajaran sukatan pembelajaran yang didedahkan kepada para pelajar adalah tidak tersusun kepada kemahiran guru. Antara mata pelajaran yang diajar ialah tauhid, tafsir, fiqh, nahu saraf, hadis, doa-doa yang ada kaitan dengan kehidupan seharian. Selain itu, para pelajar juga didedahkan dengan kaedah menulis dan menguasai kaedah jawi dan bahasa Arab. Contoh aktiviti yang dilakukan oleh pelajar ialah, berqasidah, barzanji dan bernasyid.

    Penjadualan sekolah pondok kebiasaannya setiap selepas waktu solat akan diadakan kelas dan membentuk halaqah-halaqah ilmu. Para pelajar bebas untuk memilih kelas mengikut tahap penguasaan ilmu, dan tiada had umur. Antara kitab yang dipelajari di sekolah pondok ialah, Kitab Matan al-Jurumiyah, Matan Bina, Matan Ummu Brahim, Kitab Pelita Penuntut dan Kitab Penawar Hati.

Sistem Madrasah
Sistem Madrasah adalah sama seperti sistem pondok akan tetapi ia lebih sistematik. Setiap madrasah deobandi ini dimulakan dengan penghafalan al-Quran selama 3 tahun. Setelah selesai syahadah al-Quran, mereka akan berpindah kelas kepada pengajian alim selama 8 tahun. Pengajian selama 8 tahun ini, mereka akan belajar daripada peringkat asas sehinggalah dapat menguasai 4 mazhab dan mempelajari sunnan sittah secara bersanad sehingga kepada Rasulullah S.A.W.
    Penjadualan madrasah bermula jam 5.00 pagi sehinggalah 11.00 malam. Antara aktiviti dalam sistem madrasah ialah, imtihan (peperiksaan) dua kali setahun, sekiranya gagal mereka akan mengulang semula selama setahun. Perbahasan agama dari aspek Masail, para ustaz akan menilai setiap dalam nas yang dihujahkan. Selain itu, para pelajar akan ditarbiah dari segi rohani dan fizikal melalui perjalanan dakwah. Pelajar tahun satu sehingga empat, mereka akan belajar dari segi pemantapan bahasa Arab seperti Nahu, Saraf, Tauhid, Hadith 40, Matan al-Jurumiyah, terjemahan juzuk amma, Mantik, Tafsir Jalalain, Usul Fiqh, Mustholah Hadith dan Balaghah. Manakala pada tahap tahun lima sehingga lapan, mereka akan mempelajari ilmu Faraidh, Usul Tafsirul Hadith, Ulum Quran, Akidah, Misyakut Masobin, Mahalli, Tafsir Baidhawi dan Hadith dan fiqh 4 mazhab. Selain itu, mereka juga mempelajari Sunnan sittah seperti, Bukhari, Muslim, Nasaie, Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah.

PERBANDINGAN ANTARA SISTEM PENDIDIKAN PONDOK TRADISIONAL DAN MODEN
Sistem pondok tradisional sama sahaja apa yang telah dijelaskan sebelum ini. Manakala sitem pondok moden pula ialah pendidikan ala pondok yang menggabungkan sistem pendidikan agama dan akademik dari segi ilmiah. Tertubuhnya pendidikan pondok moden yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Sukatan pembelajaran terbahagi kepada dua iaitu pembelajaran diniah (Fiqh, Hadith dan Tauhid) dan akademik (sains, Matematik, Bahasa Melayu dan lain-lain.). Sekolah pondok moden mewujudkan peperiksaan seperti Sijil Menengah Agama (SMA/SMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
    Mereka mempunyai buku yang bercetak berbanding dengan sistem pondok tradisional yang hanya ditulis. Sesi pembelajaran terhad pada sebelah pagi sehingga petang sahaja dan bentuk pembelajaran menggunakan sistem kelas yang mempunyai bilik darjah.


 
PERBANDINGAN ANTARA SISTEM PENDIDIKAN PONDOK DENGAN KONVENSIONAL

SISTEM PEMBELAJARAN PONDOK
SISTEM PEMBELAJARAN KONVENAIONAL
Pembelajaran yang mementingkan ukhrawi
Pembelajaran yang mementingkan pendidikan agama dan akademik
Waktu pembelajaran yang meluas dan tidak terhad.
-Pelajar yang belajar di pondok hendaklah menghabiskan pengajian  sebagaimana yang telah ditetapkan oleh tok guru.
Waktu pembelajaran yang terhad mengikut jadual semasa.
-Masuk sekolah jam 7 pagi dan pulang pada jam 2 petang setiap hari persekolahan.
Tidak mempunyai pelarasan di dalam pendidikan.
-Tok guru yang menetapkan silibus pengajian di pondok dan mereka belajar dari kulit ke kulit.
Mempunyai pelarasan berlandaskan pendidikan bersepadu.
-Silibus pendidikan di sekolah berdasarkan buku teks yang telah disediakan oleh kerajaan.
Diasaskan oleh alim Ulama
Diasaskan oleh kerajaan dan jabatan agama di setiap negeri.
Pembelajaran berbentuk muzakarah, halaqah dan syarahan.
Pembelajaran yang berbentuk syarahan yang diketuai oleh guru dan mempunyai sesi soal jawab.
Tidak mempunyai sistem peperiksaan.
-Tok guru akan menyemak (tasmik) hafalan pelajar.
Mempunyai sistem peperiksaan pada setiap pertengahan dan akhir tahun bagi penilaian pentaksiran pelajar.
























KELEBIHAN DAN PERANAN ULAMA' TERHADAP SISTEM PONDOK

Kelebihan sistem pondok
Sistem pondok menekankan kepentingan menuntut ilmu secara bersanad iaitu ilmu tersebut bersambung sampai ke Rasulullah s.a.w. Kaedah pembelajaran adalah bermula dari permulaan kitab sehingga ke akhir kitab. Pengajarannya lebih bersifat penghafalan dan pemahaman (SUFEAN 1996). Para guru memberikan latihan berkhutbah dalam bahasa Arab kepada setiap pelajar dan aktiviti tersebut dilakukan pada setiap minggu. Selain itu, sekolah pondok telah melahirkan pelajar yang berpengetahuan agama, berakhlak tinggi serta dapat membimbing masyarakatnya (GHAZALI  BASRI 1991). Hal ini menyebabkan, sistem pendidikan Islam yang menyeluruh dan berkesan dalam mengubah paradigma masyarakat Melayu dan juga sebagai benteng kepada akidah dan keimanan masyarakat.

Peranan Ulama' dalam sistem pondok
Para ulama' merupakan tok guru yang mengajar di sekolah pondok. Mereka telah melahirkan ramai ulama' yang akhirnya menjadi ulama' terkenal. Mereka menyebarkan ilmu Islam dengan penuh amanah dan bertanggungjawab serta tidak mengharapkan apa-apa balasan dan ganjaran. Selain itu, memreka juga mengajar dan memimpin masyarakat melalui keilmuan dan pengaruh dalam masyarakat. Para ulama' menjadi tempat rujukan masyarakat dan menyelesaikan berbagai persoalan agama yang timbul. Para ulama' juga mengarang dan menulis serta menterjemahkan kitab-kitab yang dihasilakn oleh ulama' besar Islam.

KESIMPULAN
Sistem pembelajaran di pondok dan madrasah mempunyai kelebihan dan keunikannya tersendiri dan kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu mempertahankan ilmu agama kepada umat Islam. Sistem pembelajaran ini perlulah dikenalkan, seterusnya diperkasakan untuk melahirkan individu muslim yang berakhlak dan mampu menyambung kegemilangan ulam' terdahulu.









Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bimbingan dan Kaunseling

SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA SUATU PENGENALAN