Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

bab 2: pendidikan zaman dulu, zaman penjajahan dan masa kini

sistem institusi sekolah Quran merupakan satu penerusan dari keadaan sekolah yang ada di teluk belangah, sebelum berkembang ke tanah besar Johor. Sekolah agama pertama yang asalnya dipanggil sekolah al-Quran di Johor, Kukup Pontian Sekolah Quran ditukarkan kepada sekolah kitab setelah berlaku pertambahan ilmu fiqh dan tauhid dalam matapelajaran. Walaubagaimanapun, sekolah kitab dan al-Quran dijalankan secara serentak dalam satu bangunan. kanak-kanak disyaratkan tinggal bersama guru. sistem pendidikan ketika itu mengutamakan latihan yang membabitkan ibu bapa, kanak-kanak dan guru. Mereka juga belajar ilmu persilatan, berkebun atau bantu guru mengusahakan ladang SEKOLAH AGAMA ALIRAN ARAB Sekolah agama persendirian arab wujud pada tahun 1912 sehingga 1913 Didirikan oleh ulama dari negara tanah arab, indonesia, pattani dan India Antara sekolahnya ialah Madrasah Abdul Aziz, As-Syami, Johor Bahru, Madrasah Buloh Kasap Segamat, Madrasah al- Khairiyah bandar Penggeram Batu P...

BAB 4 : SISTEM PENDIDIKAN ISLAM NEGERI JOHOR

Abdullah Nasih Ulwan Pendidikan Islam ini adalah pendidikan anak-anak, pendidikan Islam menurut beliau adalah berusaha membantu anak didik agar menjadi manusia yang soleh di dalam kehidupan ini. Hasan al-Syarqawi Menyifatkan kefaham terhadap ajaran Islam yang membawa seorang manusia menjauhkan diri dari sifat-sifat tercela dan mendekatkan diri dengan sifat-sifat terpuji. Fathi Yakan Menyatakan bahawa pendidikan Islam ialah membina proses indidvidu dan masyarakat berdasarkan paksi Islam sama ada dalam aspek pegangan, pemikiran mahupun perbuatan. Menurut pendapat tokoh di atas kesimpulannya mereka menekankan tentang pembinaan modal insan yang berasaskan paksi Islam dari aspek pemikiran, perbuatan dan pegangan. Pengasas dan tokoh sistem pendidikan Islam negeri Johor Tamadun Johor moden diasaskan oleh Temenggung Daeng Ibrahim pada tahun 1833-1862. Pendidikan Islam melaui pelbagai institusi yang berjaya di Johor sejak abad ke-19. Mempunyai identiti dan pentadbir...

BAB 5: Sistem Pendidikan Islam Kerajaan Negeri Selangor (Model perbandingan dengan negeri Johor)

1)      Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani (pengasas dan tokoh sistem pendidikan Islam negeri Selangor). 2)       Kiyai Muhammad Ali Qaribun. Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani Nama penuh beliau adalah Tengku Mahmud ZZuhdi bin Tengku Abdul Rahman bin Tuanku Nor bin Raja Belat Ibnu Raja Datu al-Fathani al-Jawi. Beliau menuntut ilmu asas Islam daripada ayahnya sendiri. Pada usia 8 hingga 9 tahun, beliau dihantar ke Mekah untuk menamba ilmu. Beliau pernah menuntu ilmu dengan Syaikh Abdul Latif bin Mustafa al-Fathani di Thait (pinggiran kota Bangkok). Di Mekah, beliau belajar dengan Syaikh Ahmad al-Fathani dan ditempatkan di Maktab Syaulatiyah.             Tengku Mahmud Zuhdi memperolehi dua sistem pendidikan iaitu sistem tradisional dan sistem persekolahan. Pada tahun 1895 M, beliau diminta mengajar di sekolah tersebut. Pada tahun 1900 M, beliau disuruh untuk melanjutkan pelajaran ke Mesi...

BAB 6: SISTEM PENDIDIKAN ISLAM KERAJAAN NEGERI TERENGGANU: MODEL PERBANDINGAN DENGAN NEGERI JOHOR

Tokoh dan pengasas sistem pendidikan di Terengganu 1.       Haji Abdul Rahman Limbong 2.       Tok Ku Paloh Haji Abdul Rahman Limbong Ø   Nama sebenar beliau Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid bin Abdul Kadir. Ø   Dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong dan Haji Deraman Limbong. Ø   Gelaran ini sempena kampung Limbong di Kemaman. Ø   Nama bapa beliau Haji Abdul Hamid bin Abdul Kadir. Ø   Nama ibu beliau Tun Tijah bt Tun Akut. Ø   Dilahirkan di Kampung Jongok Tong, Beladau Kolam, Kuala Terengganu. Ø   Dilahirkan pada 1285 hijrah dan 1868 masihi. Ø   Meninggal pada tahun 1340 hijrah bersamaan 1928 masihi. Ø   Dibuang negeri sebanyak dua kali. Ø   Sumbangan:- o    Pejuang menentang British habis-habisan di Terengganu. o    Memperjuangkan kebajikan masyarakat awam khususnya petani. o    Kelebihan menyelesaikan masalah keagama...