rancangan pengajaran harian mingguan ( fatehah fauzee)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
( MINGGU 1)



Nama: Nurul Fatehah Bt Mohd Fauzee
Mata pelajaran: Tauhid
Kelas: 3 Ibn Sina
Masa: 2.00 pm- 2.30 pm
Bilangan: 20 orang
Tajuk: Beriman kepada Malaikat( pengertian dan nama-nama malaikat)
Kemahiran: Membaca, mendengar dan mengingat.
Kaedah: Dialog
Pengetahuan sedia ada: Pelajar sudah mengetahui serba sedikit nama-nama malaikat dan pengertian malaikat.
Hasil pembelajaran: 1. Mengetahui nama-nama malaikat
2. Mengetahui pengertian malaikat.
3. Pelajar dapat mengingati tentang kejadian malaikat.
Kemahiran berfikir: Soal jawab dan menilai
Penerapan nilai: Mempercayai, taat dan beriman

LANGKAH/MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(3 minit)
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانثر علينا من خزاءن رحمتك يا ارحم الرحمين
Semua pelajar diminta untuk membaca doa dengan bersungguh-sungguh
Nilai: Sentiasa mengingati Allah dalam memulakan apa jua perkara
Set Induksi
(5 minit)
Mengenal nama malaikat dan mempelajari pengertian malaikat secara jelas
1) Guru memulakan topik dengan bertanyakan tentang apa rukun iman yang ketiga.
2) Menerangkan pengertian malaikat secara jelas dan memberi pengenalan nama- nama malaikat
3) Meminta murid menyebut nama malaikat yang mereka ketahui sahaja.


Bahan bantu mengajar:
Komputer, LCD, dan buku teks
Strategi:
Berpusatkan murid
Nilai: percaya tentang kewujudan malaikat, taat pada perintah Allah.
Langkah pertama
(10 minit)
Mengenal nama-nama malaikat yang wajib diketahui serta pengertian malaikat
1) Guru menayangkan slaid mengenai pengertian dan nama-nama malaikat yang wajib diketahui.
2) Mengajak murid-murid mengimbas kembali nama malaikat dengan mematikan tayangan slaid
Bahan Bantu Mengajar: LCD, komputer.
Strategi: berpusatkan murid dan guru
Nilai: percaya dengan rukun iman yang ketiga, memberi perhatian
Langkah kedua
( 5 minit)
Mempelajari asal usul penciptaan malaikat
1) Guru menerangkan secara terperinci mengenai penciptaan malaikat.
2) Guru menceritakan mengenai kisah penciptaan malaikat
3) Meminta seorang pelajar menerangkan semula malaikat dijadikan daripada apa? (cahaya)
Bahan Bantu mengajar: LCD, komputer dan kitab
Strategi: berpusatkan guru
Nilai:taat, dan berdisiplin

Langkah ketiga
( 5 minit)

Semua topik yang dipelajari pada hari ini iaitu pengertian, nama-nama malaikat dan penciptaan malaikat.
1) Guru mengajak murid menyanyi lagu mengenal 10 malaikat
2) Meminta murid mengingati semua topik pelajaran.
3) Menyuruh 2 orang pelajar memberi pengajaran yang mereka dapati daripada topik ini
Bahan bantu mengajar: LCD, komputer, Audio dan kitab
Strategi: berpusatkan guru dan murid
Nilai: ketaatan seorang hamba terhadap penciptanya.
Memuji kebesaran Allah yang menciptakan malaikat.
Penutup
(2 minit)
Merumuskan isi pelajaran
1) Guru memberi kertas teka silang kata kepada murid
2) Guru mengingatkan murid untuk mengulang kaji topik di rumah agar tidak lupa




Catatan refleksi: Guru berharap agar murid-murid dapat memahami semua subtopik yang telah dipelajari dan dapat mengingati pengertian dan nama nama malaikat yang wajib diketahui.












RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
(MINGGU 2)



Nama: Nurul Fatehah Bt Mohd Fauzee
Mata pelajaran: Tauhid
Kelas: 3 Ibn Sina
Masa: 2.00 pm- 2.30 pm
Bilangan: 20 orang
Tajuk: Beriman kepada Malaikat( tugas-tugas malaikat)
Kemahiran: Mendengar dan mengingat.
Kaedah: Dialog dan syarahan
Kemahiran sedia ada: pelajar telah belajar tentang pengertian dan nama-nama malaikat pada pembelajaran yang lepas
Hasil pembelajaran: 1) Murid dapat mengenal tugas-tugas setiap malaikat.
Kemahiran berfikir: Merumus dan soal jawab
Penerapan nilai murni: Tanggungjawab, kasih sayang
Bahan Bantu Mengajar: Kitab, kad imbas dan LCD
LANGKAH/MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(3 minit)
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانثر علينا من خزاءن رحمتك يا ارحم الرحمين
Semua pelajar diminta untuk membaca doa dengan bersungguh-sungguh
Nilai: Sentiasa mengingati Allah dalam memulakan apa jua perkara
Set induksi
(5 minit)
Mengenal tugas- tugas malaikat
1) Guru bertanya mengenai topik yang lepas kerana berkaitan dengan topik minggu ini
2) Guru memberi petunjuk kepada murid menggunakan kad imbasan mengenai pekerjaan sehingga murid dapat menjawab topik yang akan dipelajari pada hari itu
3) Seorang murid dapat menjawab dengan tepat iaitu tugas-tugas malaikat.
Bahan bantu mengajar: kad imbasan dan kitab
Strategi berpusatkan bahan
Nilai: bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas.

Langkah pertama
(10 minit)
Pembahagian tugas tugas malaikat yang wajib diketahui
1) Guru menayangkan slaid berkaitan tugas tugas malaikat.
2) Menerangkan secara jelas apa tugas malaikat
3) Menyuruh pelajar mengulang semula tugas malaikat dengan membuat gaya yang menepati tugas tersebut
4) Guru memberi penghargaan kepada murid yang berani dan betul gaya tersebut
Bahan bantu mengajar: kitab, LCD, komputer

Strategi: berpusatkan murid

Nilai: berani dalam mencuba sesuatu yang baru.



Langkah kedua
( 10 minit)
Tugas-tugas malaikat yang wajib diketahui serta hukum beriman kepada malaikat(wajib)
1) Guru telah meminta beberapa orang pelajar yang berani untuk menyenaraikan semula tugas tugas malaikat secara berlagu.
2) Aktiviti memadankan semula tugas malaikat secara betul menggunakan kad imbasan yang telah dilekatkan di papan hitam.
Bahan bantu mengajar: kad imbasan dan kitab

Strategi: berpusatkan murid dan bahan.
 Nilai: berani, bertanggungjawab
Penutup
( 5 minit)
Merumus semula isi pelajaran mengenai tugas malaikat dan pengajaran lepas iaitu pengertian dan nama-nama malaikat
1) Guru memberi tugasan untuk disiapkan di rumah.
2) Mengingatkan pelajar agar mengulangkaji pelajaran mengenai topik ini.
Bahan bantu mengajar: kertas latihan
Strategi: berpusatkan guru.


CATATA REFLEKSI: Guru berharap agar murid dapat mengingati keseluruham tajuk yang dipelajari dan meningkatkan kemahiran mendengar serta mengingati.

















RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
( MINGGU 3)


Nama: Nurul Fatehah Bt Mohd Fauzee
Mata pelajaran: Tauhid
Kelas: 3 Ibn Sina
Masa: 2.00 pm- 2.30 pm
Bilangan: 20 orang
Tajuk: Beriman kepada Malaikat( kesan beriman kepada malaikat)
Kemahiran: Mendengar dan mengingat.
Kaedah: Dialog dan syarahan
Kemahiran sedia ada: pelajar telah belajar tentang pengertian dan nama-nama malaikat pada pembelajaran yang lepas
Hasil pembelajaran: 1)Pelajar dapat memahami dan merasa tentang kewujudan     malaikat.
2.Percaya bahawa setiap malaikat mempunyai tugas yang                                                                     tersendiri.
Kemahiran berfikir: Merumus dan soal jawab
Penerapan nilai murni: Tanggungjawab, kasih sayang
Bahan Bantu Mengajar: Kitab, kad imbas dan LCD

LANGKAH/ MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
( 3 minit)
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانثر علينا من خزاءن رحمتك يا ارحم الرحمين
Semua pelajar diminta untuk membaca doa dengan bersungguh-sungguh
Nilai: Sentiasa mengingati Allah dalam memulakan apa jua perkara
Set induksi
( 5 minit)
Kesan beriman kepada malaikat
1) Guru memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan meminta pelajar menghantar latihan untuk topik yang lepas
2) Guru menayangkan satu video tentang seksaan azab api neraka
3) Guru meminta murid mengingat kembali topik topik lepas
Bahan bantu mengajar:
LCD, komputer dan kitab
Strategi: berpusatkan guru dan bahan
Nilai: percaya dan yakin
LANGKAH PERTAMA
( 10 MINIT)
Percaya dan yakin kepada malaikat akan mendapat kebaikan
1) Guru memberitahu tentang kesan baik jika kita beriman kepada malaikat.
2) Para pelajar diminta untuk menyenaraikan kesan baik jika beriman dengan malaikat dan kesan buruk jika tidak beriman dengan malaikat

Bahan bantu mengajar: kitab, LCD
Strategi: berpusatkan guru.
Nilai: sentiasa bersangka baik, menyayangi.

LANGKAH KEDUA
( 8 MINIT)
Seksaan untuk orang yang tidak beriman kepada malaikat
1) Guru menceritakan kepada murid bahawa mereka akan ditimpa seksaan yang maha dahsyat jika tidak beriman kepada malaikat
2) meyakinkan pelajar bahawa malaikat itu wujud dan wajib diimani
Bahan bantu mengajar: buku cerita, kitab
Strategi: berpusatkan guru
Nilai: keyakinan, tanggungjawab.
LANGKAH KETIGA
(2 MINIT)
Latihan keseluruhan bagi topik beriman kepada malaikat
1) Guru memberi latihan pengukuhan kepada murid untuk menguji tahap kefahaman murid
2) Guru menyemak latihan tersebut di dalam kelas dan memberi latihan kefahaman jika markah yang diperolehi tidak mencapai tahap yang memuaskan.
Bahan bantu mengajar: kertas latihan
Strategi: berpusatkan murid.
PENUTUP
( 2 MINIT)
Merumus dan menilai tahap pencapaian murid di akhir latihan.
1) Guru memberi markah terus kepada pelajar.
2) Mengulang semula latihan bagi pelajar yang tidak mencapai tahap yang memuaskan



CATATAN REFLEKSI: Guru inginkan muridnya menguasai topik yang dipelajari agar dapat meningkatkan tahap pencapaian dalam ujian atau peperiksaan. Murid perlu sentiasa mengulangkaji pelajaran agar tidak lupa jika masuk tajuk baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.












RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
( MINGGU 4)

Nama: Nurul Fatehah Bt Mohd Fauzee
Mata pelajaran: Tauhid
Kelas: 3 Ibn Sina
Masa: 2.00 pm- 2.30 pm
Bilangan: 20 orang
Tajuk:Beriman kepada kitab ( pengertian beriman kepada kitab dan kitab yang diturunkan Allah kepada Rasul
Kemahiran: Mendengar dan mengingat.
Kaedah: Dialog dan syarahan
Kemahiran sedia ada: pelajar telah belajar tentang kitan yang diturunkan Allah untuk Rasul rasul yang terdahulu.
Hasil pembelajaran: 1. Murid mendapat pendedahan tentang kitab dan penerimanya.
2. Murid dapat mengetahui secara jelas tentang penurunan kitab mengikut kronologi dan siapa nabi yang terpilih yang menerima kitab.
3. Murid dapat menjelaskan dengan baik pengertian kitab.
Kemahiran berfikir: soal jawab, perbincangan
Penerapan nilai: tanggungjawab dan kasih sayang
Bahan bantu mengajar: kitab, LCD, komputer, visual, kad imbas dan audio

LANGKAH/ MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
( 3 minit)
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانثر علينا من خزاءن رحمتك يا ارحم الرحمين
Semua pelajar diminta untuk membaca doa dengan bersungguh-sungguh
Nilai: Sentiasa mengingati Allah dalam memulakan apa jua perkara
Set induksi
( 5 minit)
Memberi gambaran awal kepada pelajar megenai topik yang akan mereka pelajari hari ini.
1) Guru menampal gambar kitab untuk memberi gambaran awal kepada murid mengenai topik yang akan dipelajari.
2) Guru memberi peluang kepada murid untuk meneka topik yang akan dipelajari
Bahan bantu mengajar: kad manila, gambar kitab dan kitab
Strategi: berpusatkan guru dan bahan
Nilai: bertanggungjawab, berwawasan


Langkah pertama
( 10 minit)
Mempelajari pengertian kitab serta kitab-kitab yang diturunkan
1) Guru menerangkan pengertian kitab.
Apa itu kitab?
Pelajar tidak dapat menjawab dan guru memberi penerangan secara jelas.
2) Memberitahu kepada murid bahwa terdapat 4 buah kitab yang diturunkan Allah untuk rasul-rasul yang terpilih iaitu taurat, zabur, injil dan al- quran.
3) Seterusnya guru mengenalkan pula nama nama Rasul yang menerima kitab.
Iaitu nabi Musa, Isa, Daud dan Muhamad.
Bahan bantu mengajar: kitab
Strategi: berpusatkan guru dan murid.
Nilai:
Langkah kedua
(5 minit)
Nama- nama kitab yang diwahyukan dan Rasul yang menerimanya
1) Guru melakukan aktiviti bersama murid dengan menyuruh murid menampal nama kitab bersesuaian dengan penerima kitab tersebut.
2) Guru menyemak sama ada betul atau tidak padanan tersebut.
Bahan bantu mengajar:kad manila dan kitab
Strategi: berpusatkan bahan dan murid ( guru sebagai pemerhati)

Langkah ketiga
( 4 minit)
Hukum beriman dengan kitab wajib
1) Guru menerangkan kepada murid bahawa wajib mempercayai dan beriman dengan kitab untuk menguatkan lagi pegangan akidah kita.
Bahan bantu mengajar: kitab, LCD

Strategi: berpusatkan guru.
Penutup
( 3 minit)
Merumus isi keseluruhan topik
1) Guru menilai tahap kefahaman murid dengan soalan kuiz.
2) Memeberi latihan pengukuhan
Bahan bantu mengajar: set soalan latihan

Strategi: berpusatkan bahan


CATATAN REFLEKSI: Saya rasa amat bersyukur kerana murid dapat memahami segala isi pelajaran yang saya sampaikan dan dapat menjawab soalan kuiz dengan mendapat markah yang amat memberangsangkan. Saya berharap agar murid dapat meneruskan lagi usaha mereka ini pada setiap masa.






RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
( MINGGU 5)

Nama: Nurul Fatehah Bt Mohd Fauzee
Mata pelajaran: Tauhid
Kelas: 3 Ibn Sina
Masa: 2.00 pm- 2.30 pm
Bilangan: 20 orang
Tajuk:Beriman kepada kitab ( Pengertian suhuf dan kesan beriman dengan kitab)
Kemahiran: Mendengar dan mengingat.
Kaedah: Dialog dan syarahan
Kemahiran sedia ada: pelajar telah belajar tentang kitab yang diturunkan Allah untuk Rasul rasul yang terdahulu.
Hasil pembelajaran: 1. murid dapat membezakan antara kitab dengan suhuf
2. Murid dapat menghuraikan isi pelajaran dengan tepat
3. Murid mampu menjawab soalan kuiz dengan betul
Kemahiran berfikir: soal jawab, perbincangan
Penerapan nilai: tanggungjawab dan kasih sayang
Bahan bantu mengajar: kitab, LCD, komputer, visual, kad imbas dan audio

LANGKAH/MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
( 3 minit)
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانثر علينا من خزاءن رحمتك يا ارحم الرحمين
Semua pelajar diminta untuk membaca doa dengan bersungguh-sungguh
Nilai: Sentiasa mengingati Allah dalam memulakan apa jua perkara
SET INDUKSI
( 5 MINIT)
Memberi gambaran awal tentang topik mengenai perbezaan antara suhuf dengan kitab
1) Guru menayangkan nota dalam slide mengenai kisah penurunan kitab dan apa tujuan suhuf diadakan.
Bahan bantu mengajar: LCD, komputer, kitab
Strategi: berpusatkan guru dan bahan.
LANGKAH PERTAMA
( 10 MINIT)
Pengertian suhuf dan kesan beriman kepada kitab Allah
1) Guru telah menjelaskan pengertian suhuf dan kitab secara terperinci.
2) Guru menyatakan bahawa suhuf wahyu Allah kepada Rasul dan wajib disampaikan, manakala suhuf ialah wahyu Allah yang berisi pujian, zikir dan nasihat yang tidak wajib disampaikan kepada sesiapa.
Bahan bantu mengajar: kitab, gambar kitab.

Strategi: berpusatkan guru dan bahan.


LANGKAH KEDUA
(8 MINIT)
Suhuf dan kitab yang duturunkan mempunyai perbezaan yang tersendiri.

1) Guru menjalankan aktiviti secara berkumpulan.
2) Membahagikam menjadi 4 kumpulan, dan perlu memilah satu kitab yang ada dan perlu mencari maklumat tesebut.

Bahan bantu mengajar: kertas dan kitab

Strategi: berpusatkan murid dan bahan.


PENUTUP
( 3 MINIT)
Merumus topik di akhir pengajaran dan pembelajaran.
1) Guru memberi komen tentang kerja berkumpulan sepanjang aktiviti dijalankan.
2) Murid telah mempamerkan hasil kerja mereka di papan kenyataan sekolah.
Nilai: kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
(MINGGU 6)


Nama: Nurul Fatehah Bt Mohd Fauzee
Mata pelajaran: Tauhid
Kelas: 3 Ibn Sina
Masa: 2.00 pm- 2.30 pm
Bilangan: 20 orang
Tajuk:Beriman kepada kitab ( Al- Quran kitab terakhir dan kedudukan kitab al-Quran nisbah kepada kitab samawi yang lain.
Kemahiran: Mendengar dan mengingat.
Kaedah: Dialog dan syarahan
Kemahiran sedia ada: pelajar telah didedahkan tentang kedudukan al-Quran merupakan darjat yang tertinggi berbanding kitab samawi yang lain.
Hasil pembelajaran: 1. Murid dapat mengenal kitab al-Quran dengan lebih terperinci
2. Murid dapat mengetahui bahawa al-Quran merupakan kitab yang terakhir dan tiada lagi kitab selepasnya.
Kemahiran berfikir: soal jawab, perbincangan
Penerapan nilai: tanggungjawab dan kasih sayang
Bahan bantu mengajar: kitab, LCD, komputer, visual, kad imbas dan audio
LANGKAH/ MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
( 3 minit)
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانثر علينا من خزاءن رحمتك يا ارحم الرحمين
Semua pelajar diminta untuk membaca doa dengan bersungguh-sungguh
Nilai: Sentiasa mengingati Allah dalam memulakan apa jua perkara
Set induksi
( 5 minit)
Mempelajari kedudukan al-Quran sebagai kitab terakhir berbanding kitab samawi yang lain.
1) Murid dibahagikan secara berkumpulan dan diberi satu set gambar
2) Guru memberi arahan kepada murid untuk meneka taopik pada hari itu
3)  Satu kumpulan telah berjaya menjawab dengan betul
Bahan bantu mengajar: kad manila, gambar dan kitab
Strategi: berpusatkan bahan dan murid

Nilai: kerjasama dan tolak ansur
Langkah pertama
( 10 minit)
Al- Quran sebagai panduan untuk umat akhir zaman dan tiada lagi kitab selepasnya
1) Guru menerangkan secara terperinci mengenai kedudukan al-Quran sebagai kitab yang paling agung berbanding kitab yang lain.
2) Pelajar mula mengingati nama-nama kitab samawi mengikut urutan.
Bahan bantu mengajar: kitab, LCD, komputer
Strategi: berpusatkan guru.
Nilai: saling menghormati dan memberi perhatian.
Langkah kedua
( 10 minit)
Aktiviti padanan kitab mengikut penerima
1) Guru menjalankan aktiviti untuk menarik minat pelajar. Nama aktiviti tersebut ialah kotak minda.
2) Pelajar perlu duduk didalam bulatan bersama satu kotak yang didalamnya mempunyai nama-nama kitab.
3) Guru akan memainkan satu lagu dan pelajar akan menggerakkan kotak minda tersebut, apabila lagu mati dan kotak yang terakhir berada pada salah seorang murid, beliau harus mencabut satu soalan di dalam kotak minda tersebut.
4) Pelajar yang berjaya menjawab akan mendapat hadiah daripada guru.
Bahan bantu mengajar: kotak minda, kitab
Strategi: berpusatkanbanah dan murid
 Nilai: kerjasama antara satu sama lain.
Penutup
( 2 minit)
Merumus aktiviti kotak minda dan memberi penghargaan kepada murid
1) Guru telah menilai tahap kefahaman murid melalui aktiviti tersebut
2) Guru meminta pelajar untuk mengulangkaji pelajaran.



CATATAN REFLEKSI:
Guru mengulas aktiviti yang dijalankan sama ada berkesan atau tidak. Guru mendapati bahawa aktiviti tersebut mampu menarik minat murid dan ia melibatkan murid secara keseluruhan serta dapat memberi pengalaman kepada semua murid.
















RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
(MINGGU 7)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
(MINGGU 6)


Nama: Nurul Fatehah Bt Mohd Fauzee
Mata pelajaran: Tauhid
Kelas: 3 Ibn Sina
Masa: 2.00 pm- 2.30 pm
Bilangan: 20 orang
Tajuk:Beriman kepada kitab ( kandungan kitab al-Quran dan kewajipan manusia terhadap al-Quran
Kemahiran: Mendengar dan mengingat.
Kaedah: Dialog dan syarahan
Kemahiran sedia ada: pelajar telah didedahkan tentang kedudukan al-Quran merupakan darjat yang tertinggi berbanding kitab samawi yang lain.
Hasil pembelajaran: 1. Murid dapat mengenal kitab al-Quran dengan lebih terperinci
2.Murid dapat mengetahui bahawa al-Quran merupakan kitab yang terakhir dan tiada lagi kitab selepasnya.
3. mempelajari isi kandungan al-Quran dengan lebih lagi.
Kemahiran berfikir: soal jawab, perbincangan
Penerapan nilai: tanggungjawab dan kasih sayang
Bahan bantu mengajar: kitab, LCD, komputer, visual, kad imbas dan audio
LANGKAH/MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
( 3 minit)
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانثر علينا من خزاءن رحمتك يا ارحم الرحمين
Semua pelajar diminta untuk membaca doa dengan bersungguh-sungguh
Nilai: Sentiasa mengingati Allah dalam memulakan apa jua perkara
Set induksi
( 5 minit)
Kandungan al-Quran dan kewajipan manusia terhadap al-Quran
1) Guru mengalunkan bacaan al-Quran beserta terjemahannya iaitu surah taha.
2) Guru menceritakan kisah mengenai pengajaran yang terdapat dalam surah tersebut.
3) Murid menghayati bacaan al-Quran dan mengikut guru membaca.
Bahan bantu mengajar: al-Quran

Strategi: berpusatkan guru
Nilai : menghayati bacaan al-Quran.
Langkah pertama
( 10 minit)
Kandungan al-quran dan kelebihan surah dalam al-Quran
1) Guru meminta semua murid untuk membawa al-Quran yang mempunyai terjemahan.
2) Meminta dua orang murid mengalunkan bacaan surah al-baqarah dan terjemahan.
3) Guru menceritakan secara ringkas kepada murid mengenai kandungan surah tersebut.
Bahan bantu mengajar: al-QUran
Strategi: berpusatkan murid
Nilai: berani.
Langkah kedua
(10 minit)
Kewajipan manusia terhadap al-Quran ialah mengimaninya dan menjadikan sebagai panduan hidup
1) Guru memberi gambaran terhadap orang yang ingkar dengan keagungan kitab al-Quran.
2) Memberi galakan kepada murid agar menjadikan al-Quran sebagai pandua hidup.
3) Memberitahu kepada pelajar bahawa sesiapa yang meninggalkan al-Quran selama sehari, al-Quran akan meninggalkan dia selama 40 hari.
Bahan bantu mengajar: LCD, komputer dan kitab
Strategi: berpusatkan guru.
Nilai: ketaatan sebagai hamba Allah.
Penutup
(2minit)
Merumus hasil pembelajaran
1) Guru mengingatkan murid jangan sesekali kita meninggalkan al-Quran



























RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
( MINGGU8)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB 3:SISITEM PENDIDIKAN PONDOK

Bimbingan dan Kaunseling

SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA SUATU PENGENALAN