SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia bermaksud suatu usaha sistematik yang disengajakan yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan dan kemahiran kepada ahlinya dalam usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia.
Latar belakang Menteri Pendidikan Malaysia 2018
Dr.Maszlee Bin Malik
Merupakan anak kelahiran Johor yang dilahirkan pada 19 Disember 1974.Pendidikan awal beliau di Sekolah Rendah Temenggong Abdul Rahman 2. Seterusnya, meneruskan pengajiannya di Maktab Sultan Abu Bakar pada 1989 dan Madrasah al-Quran Waddin kemudian melanjutkan Sijil Tinggi Agama Malaysia di Maahad Johor. Beliau kemudiannya menyambung Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Bayt, Jordan serta mengambil Ijazah Sarjana Muda di University Malaya dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh. Mengambil Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Sains Politik, Durham University, United Kingdom.
Beliau juga merupakan Assistant Profesor di Universiti Islam Antarabangsa, menjadi Felo Penyelidik,Yusuf Ishak Institute, Singapura. Selain itu, beliau juga merupakan tetamu tetap, Astro Awani, Politik Timur Tengah. Dr. Maszlee merupakan tetamu al-Hiwar TV, London, United Kingdom dan beliau merupakan seorang pemikir dan penganalisis politik islam kontemporari. perkara terbesar yang telah dilakukan Dr. Maszlee ialah beliau telah menulis lebih 60 buah buku akademik di dalam dan di luar negara.
SUMBANGAN DR MASZZLEE DALAM BIDANG KEMANUSIAAN
Dr. Maszlee merupakan orang yang banyak sumbangannya dalam bidang kemanusiaan. Oleh kerana sumbangan beliau yang begitu banyak dalam bidang kemanusian menyebabkan beliau dipilih untuk menjadi seorang menteri yang begitu penting dalam pembentukan masa depan generasi muda. Antara sumbangan beliau ialah, pernah menjadi penasihat orkids( pertubuhan kebajikan anak-anak istimewa Selangor) dan beliau merupakan Ahli Lembaga IDEAS autism centre. Sumbangan yang seterusnya ialah, Dr, Maszlee merupakan seorang penasihat TFTN (teach for the needs)- gerakan guru-guru sukarelawan yang menawarkan peluang pendidikan percuma kepada kanak-kanak kurang kemampuan. Sumbangan Dr Maszlee telah memberi kesan yang sangat baik dan mampu menjadikan setiap anak muda terutama anak muda yang kurang kemampuan untuk mendapatkan pendidikan setaraf dengan golongan yang mampu.
Seperti yang kita sedia maklum, pada awalnya Dr. Maszlee hanya memegang jawatan sebagai ahli parlimen di kawasan simpang renggam. Namun pada pilihanraya umum yang ke-14 Dr. Maszlee telah masuk bertanding di kerusi parlimen, dan telah berjaya dalam pilihanraya tersebut di bawah pakatan harapan.
Selepas seminggu, pakatan harapan mentadbir kerajaan, pada awalnya Perdana Menteri kita ingin memegang sendiri portfolio dalam kementerian pendidikan, namum disebabkan perdana Menteri tidak dibenarkan memegang mana-mana jawatan, Tun Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk menyerahkan jawatan menteri pendidikan kepada Dr. Maszlee. Keputusan yang di buat oleh Perdana Menteri untuk menyerahkan portfolio tersebut kepada Dr. Maszlee amat tepat, kerana sumbangan beliau dalam pelbagai bidang dapat membantu menjadikan negara kita maju terutama dalam bidang pendidikan.

TAHAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Pendidikan di Malaysia terdapat tiga tahap iaitu sebelum kemerdekaan, era penjajahan dan selepas kemerdekaan. Pada zaman sebelum kemerdekaan, pendidikan dijalankan di rumah-rumah imam dan sekolah pondok. Pendidikan yang dijalankan tiada sukatan pelajaran yang ditetapkan dan lebih kepada pembelajaran yang tidak formal. Selain itu, ilmu yang dipelajari adalah ilmu berkaitan dengan agama sahaja seperti, pengajaran al-Quran, fiqh dan mereka sangat menekankan adab dalam menuntut ilmu. Pada zaman ini juga terdapat empat laporan, berikut adalah laporan yang wujud pada zaman sebelum kemerdekaan:-
Laporan Barnes (1950)
Laporan Barnes diketuai oleh L.J Barnes (Pengarah bahagian latihan sosial universiti Oxford ketika itu) dan disediakan pada tahun1951. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki pendidikan orang Melayu. Terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan dalam laporan ini:-
Laporan Fenn-Wu (1951)
Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu- Negera Cina) dan Wu (Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu). Mereka mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952). Terdapat beberapa syor yang terkandung dalam laporan Fenn-Wu:-

- Hendaklah menubuhkan dua jenis sistem sekolah.
- Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
- Pelajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
- Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris wajib diajar di sekolah Melayu.
- Sekolah dwibahasa harus ditubuhkan, hanya bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai pengantar.
- Sekolah Vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukar kepada sekolah Kebangsaan. Di mana hanya menggunakan bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu.
Laporan Fenn-Wu (1951)
Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu- Negera Cina) dan Wu (Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu). Mereka mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952). Terdapat beberapa syor yang terkandung dalam laporan Fenn-Wu:-
- Sekolah Vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa iaitu Melayu, Cina dan Tamil.
- Sekolah-sekolah aliran Kebangsaan dikekalkan penggunaan bahasa Inggeris.
- Sekolah-sekolah Vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan tenaga.
Ordinan Pelajaran 1952
Ordinan pelajaran 1952 merupakan satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan british untuk mengkaji semula laporan Barnes dan fen-wu. Ordinan peladjaran 1952 ini tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan.
1. mengadakan dua jenis sekolah iaitu sekolah yang menggunakan bahasa melayu dan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar
2. sistem pendidikan ssekolah kebangsaan dilaksanakan melalui pengenalan bahasa inggeris secara beransur-aansur di sekolah melayu, cina dan tamil.
3. bahasa melayu dan bahasa inggeris juga mula dikuatkuasakan di sekolah cina dan tamil
4. sekolah jenis kebangsaan inggeris dikekalkan
5. sekolah sekolah vokasional diperkembangkan
6. pendidikan agama diadakan di waktu persekolahan unyuk murid-murid beragama islam.
LAPORAN CHESSMAN
Disediakan oleh Mr H.R Chessman, timbalan pengarah pendidikan pada tahun 1946. rancangan chessman merupakan rancangan pertama yang dilakukan untuk polisi pendidikan di bawah pentadbiran malayan union. Rancangan Chessman merupakan usaha untuk menyusun semula polisi pendidikan di tanah melayu.
1. pendidikan peringkat rendah (asas) secara percuma dalam semua bahasa pengantar.
2. pendididkan peringkat menengah (sekolah pertengahan dan tinggi ) yang menggunakan bahasa inggeris, bahasa melayu, dan bahasa tamil sebagai bahasa pengantar.
3. Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib di semua sekolah vernakular.
Ulasan
Catat Ulasan